• Carian
  • Media Sosial
  • VIDEO : Budak Nyaris Maut Lepas Jatuh Kereta

    Posted by editor | 10 August 2017 | 16

     

     

    BANGKOK: Seorang kanak-kanak jatuh dari sebuah kereta warna putih dan nyaris dilanggar oleh kereta tersebut.

     

    Budak itu terselamat tanpa mengalami kecederaan yang serius. Insiden yang berlaku pada tengah hari Isnin di Minburi itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pemandu lain.

     

    Melalui rakaman tersebut, kereta putih tersebut kelihatan berada dalam kesesakan jalan raya tetapi kanak-kanak perempuan itu terjatuh dari tempat duduk penumpang bahagian depan ketika kereta berkenaan mula bergerak.

     

    Bagaimanapun, kereta itu tetap bergerak dan tayar belakangnya hanya beberapa inci daripada kaki kanak-kanak tersebut.

     

     

    Beberapa saat kemudian, seorang wanita dilihat lekas mengambil kanak-kanak berkenaan dan meletakkannya semula ke dalam kereta sebelum meneruskan pemanduan.

     

    Video itu dikongsikan di laman Facebook oleh Pornpilin Aeamsaad yang menjelaskan bahawa dia tidak membuat penetapan kamera dengan betul dan telah mempamerkan tarik yang salah.

     

    Keadaan kanak-kanak itu masih belum diketahui. – The Nation/Asia News Network

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up