• Carian
  • Media Sosial
  • Syarikat Anak-Anak Mahathir Diserbu LHDN

    Posted by editor | 10 August 2017 | 1651

     

    Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.

     

    Pihak media difahamkan LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

     

    Opcom merupakan sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.

     

    Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.

     

    Ketika dihubungi, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan semua serbuan itu berlaku 2 hari lalu.

     

    “Saya tidak merasakan ia satu kebetulan. Ataupun mereka (LHDN) hanya menjalankan tugas,” katanya kepada sebuah portal berita.

     

    Terdahulu, beberapa pemimpin politik menggesa siasatan terhadap kekayaan keluarga bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH) itu.

     

    Dr Mahathir sendiri kini berdepan siasatan di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian berbilion ringgit Bank Negara Malaysia di bawah pentadbirannya hampir 30 tahun lalu.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up