Hari ini bermulalah detik perjalanan itu, penerbangan pertama membawa jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Madinah. Semoga semua penerbangan seterusnya dapat berjalan lancar. Bersabarlah jika menerima sebarang pindaan atau perubahan pe­nerbangan. Ini juga satu cabaran yang menguji kesabaran. Bersyukurlah kerana 30,200 jemaah menerima giliran mereka tahun ini. Jumlah itu meningkat selepas hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi serta kecemer­langan Lembaga Tabung Haji mengendalikan jemaah mendorong kerajaan Arab Saudi menambah kuota. Harus diingat tambahan itu juga secara tidak langsung menyebabkan subsidi yang dikeluarkan oleh Tabung Haji untuk menanggung kos jemaah mening­kat.