Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Wanita Kantoi Lekat 102 iPhone Pada Badan

    Posted by kal-el | 17 July 2017 | 6

     

     

    BEIJING – CHINA . Seorang wanita warga Hong Kong ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke China dengan 102 buah iPhone dilekat pada badannya.

     

    Taktiknya itu dikesan pegawai kastam Shenzhen selepas menyedari sesuatu yang mencurigakan ketika melihat pakaian wanita itu.

     

    Pegawai kemudian mengarahkan wanita itu melalui mesin pengimbas dan sebaik diperiksa sistem penggera berbunyi.

     

    Bukan sahaja 100 lebih telefon bimbit jenama iPhone ditemui dilekat pada badan wanita itu, sebaliknya 15 buah jam tangan jenama Tissot juga turut dilekat pada dadanya.

     

    Kesemua barang yang cuba diseludupnya itu mempunyai berat kira-kira 20kg, lapor Oriental Daily.

     

    Harga iPhone di Hong Kong lebih murah dan sentiasa menjadi barangan popular untuk diseludup ke tanah besar China.

     

    Ada penyeludup menyembunyikan barangan berkenaan pada basikal, pakaian, bot dan ditempat yang tidak dapat dilihat pegawai kastam.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up