Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Trafik Sesak Angkara Belut

    Posted by kal-el | 17 July 2017 | 40

     

     

    OREGON – AMERIKA SYARIKAT. Trafik di sebuah lebuhraya menjadi sesak selepas 13 tong berisi belut jenis ‘hagfish (slime eels) tumpah, kelmarin.

     

    Tong-tong tersebut tumpah selepas lori yang membawanya terpaksa membuat brek kecemasan untuk mengelak kawasan pembinaan.

     

    Salah satu tong tercampak ke laluan bertentangan, menyebabkan kemalangan empat kenderaan.

     

    Menurut laporan CNN, belut-belut berkenaan pula menghasilkan sebuah cecair yang ‘menggelikan’.

     

    “Apabila hagfish ‘tertekan’, mereka menghasilkan cairan (slime),” kata kenyataan dari Oregon State Police.

     

    Pihak bomba terpaksa dipanggil untuk memindahkan belut-belut tersebut.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up