• Carian
  • Media Sosial
  • Siti Saleha Tak Mahu Tajaan Perkahwinan

    Posted by editor | 17 July 2017 | 28

     

     

    Bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 Julai ini, pelakon Siti Saleha memberitahu beliau bagaimanapun tidak mahu perkahwinan beliau ditaja seperti selebriti lain.

     

    Iyalah, selalunya selebriti popular pasti akan menerima tajaan sehingga jutaan ringgit untuk raja sehari mereka.

     

    Menurut Siti Saleha, segala kos perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil titik peluhnya sendiri dan keluarga.

     

    Saya sendiri tidak mencari dan menawarkan kepada mana-mana pihak untuk menaja. Setakat ini perbelanjaan besar semuanya hasil duit poket saya dan keluarga.

     

    Andai ada pun yang sudi menaja hanya membabitkan perkara yang kecil. Memandangkan saya duta kepada jenama minuman Nescafe. Mereka berkemungkinan akan meletakkan gerai pada hari resepsi nanti.

     

    Kalau ada tajaan itu rezeki tetapi Siti Saleha nampaknya lebih berpuas hati untuk menggunakan wangnya sendiri demi majlis raja seharinya.

     

    Apa yang penting, segala perancangan berjalan lancar dan pengantin juga selesa dengan kehendak serta citarasa mereka untuk majlis perkahwinan nanti.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up