Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Pengakuan Mukhriz Bukti Kempen Jatuhkan PM Hanya Bermotif Kepentingan Peribadi

    Posted by fatty | 17 July 2017 | 28

     

    Komplot menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin berpunca dari keputusan pemilihan UMNO 2013, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi.

    Beliau berkata bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tewas dalam pemilihan merebut jawatan naib presiden ketika itu, sekaligus membantutkan peluangnya menjadi perdana menteri.

    “Saya percaya bahawa komplot ini bermula akibat kekecewaan keputusan pemilihan UMNO 2013 yang menyaksikan kegagalan Mukhriz mendapat tempat sebagai Naib Presiden UMNO.

    “Usaha Mahathir untuk melorongkan Mukhriz sebagai perdana menteri telah terjejas dan satu-satunya cara untuk memastikan pelan tersebut berjaya adalah dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dengan menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri ‘sementara’.

    “Isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) hanyalah sebagai suatu alat yang digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana tahun 2014 langsung tidak menampakkan sebarang bantahan daripada Muhyiddin mengenai isu 1MDB termasuk ketika mesyuarat kabinet dan mesyuarat majlis tertinggi UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata demikian susulan pengakuan Mukhriz di mahkamah yang bapanya Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan Najib sejak 2014.

    Ab Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata tindakan bekas pemimpin UMNO ini bermotifkan kepentingan peribadi kerana mahukan kuasa selaku perdana menteri.

    Tegasnya lagi Muhyiddin juga mengkhianati kepercayaan diberikan oleh Najib serta mengkhianati UMNO sendiri.

    “Kali pertama Muhyiddin bersuara mengenai 1MDB adalah di Milan ketika lawatan kerja beliau pada tahun 2015 yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB walaupun berulang kali perkara ini dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet termasuk sesi penerangan khas kepada beliau.

    “Bukti-bukti ini disokong dengan kenyataan Mukhriz yang mendakwa pembabitan Muhyiddin seawal tahun 2014 adalah bukti bahawa 1MDB bukanlah sebab mengapa mereka menentang Datuk Seri Najib tetapi mengenai perebutan kuasa politik semata-mata,” ujarnya. -MediaUMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up