Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • PAS Kecam Regim Haram Israel Tutup Masjid Al-Aqsa

    Posted by fatty | 17 July 2017 | 8

     

    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Berkata, PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekerasnya tindakan regim haram Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa dan menahan Mufti Baitul Maqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadap Israel kepada umat Islam.

    Beliau berkara, alasan sama juga telah digunakan oleh regim haram Israel untuk membenarkan tindakannya seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa.

    “Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan regim berkenaan dan sekutunya.

    “Masjid Al-Aqsa dan keselamatan Baitul Maqdis adalah tiang kesatuan umat dan mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman regim haram Israel dan Zionis,”katanya dalam satu kenyataan, semalam memetik HarakahDaily.

    Beliau berkata saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab dan seharusnya OIC, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Ketua-ketua Negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis itu bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.

    “Sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) ini juga, yang akan diadakan pada 20-22 Julai 2017 di Kelantan, kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan regim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan keamanan dunia,”ujarnya.-SuaraTV

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up