• Carian
  • Media Sosial
  • Mahathir Jadi Perdana Menteri Ke7 Bawa Permohonan Bebas Anwar kepada YD Agong

    Posted by supertramp | 17 July 2017 | 11:56 am | 100

     

    Apabila Pakatan Harapan mengumumkan bahawa mereka akan terus membuat permohonan meminta Yang di Pertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada banduan liwat Anwar Ibrahim sebaik sahaja memenangi pilihanraya ke14, beberapa perkara tidak di jelaskan.

     

    Antara perkara penting kerja kerja tertentu sambil menunggu Anwar Ibrahim di bebaskan akan mengambil masa lebih kurang satu tahun.

     

    Itu pun jika kebawah Duli YD Agong menyetujui nya.

     

    Sambil menunggu proses berjalan , ia juga mesti mengikut prosidur ia itu pesalah perlu juga memohon maaf dan mengaku telah membuat kesalahan.

     

    Persoalan nya, mahu kah Anwar mengaku dia bersalah sebelum memohon pengampunan?

     

    Persoalan kedua , sambil menunggu Anwar menjadi Perdana Menteri , siapa pula Perdana Menteri yang akan melantik anggota kabinet baru?

     

    Maka jika orang itu tidak berjawatan Perdana Menteri, dia tidak berhak melantik Menteri dan membentuk kabinet.

    Ada kah negara tanpa menteri kabinet sambil menunggu Anwar bebas?

    Dan jika dia Perdana Menteri , dia lah Perdana Menteri yang ke7 dan bukan nya Anwar.

     

    Maka nyata sekali kecelaruan sedang di bentuk.

     

    Negara akan sedikit huru hara kerana jika Perdana Menteri bukan Anwar ketika itu , maka siapa kah dia?

     

    Dan jika ikut heraki 3 nahoda satu kapal, Tun Mahathir ada lah nombor dua.

     

    Maka Tun Mahathir kah Perdana Menteri nya?

     

    Jika Tun Mahathir Perdana Menteri nya , pelbagai perkara dia dapat lakukan demi mengekal kan kuasa kerana kelicikan dan pengalaman nya yang luas.

     

    Dengan dana yang banyak , tambah lagi dengan kuasa Perdana Menteri yang membolehkan dia meluluskan apa yang tersekat, maka kuasa membeli jiwa satu satu orang yang membantah penerusan perlantikan nya dapat di selesaikan.

    Ramai juga terlupa , siapa yang ada hak bersuara jika Perdana Menteri itu ada lah Perdana Menteri interim.

     

    Ini lah yang di tempah oleh rakyat jika memilih kerajaan yang tiada hala tuju,

     

    Ketika berucap Mahathir berseloroh bahawa Anwar PM ke8, sebenar nya dia tidak berseloroh , jika Anwar bebas sememang nya Anwar PM ke8 kerana sebelum dia menjadi Perdana Menteri sudah ada Perdana Menteri sementara yang sudah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke7.

     

    Pakatan Harapan sebenar nya menempah maut jika yang mereka lantik itu Tun Mahathir , kerana dia miliki agenda tersendiri, banyak cara dia boleh mengekal kan kuasa.

     

    Dia juga hebat berkata YD Agong akan bebas kan Anwar sambil membuat kerja belakang untuk tidak di bebaskan.

     

    Pendirian 22 tahun pun Mahathir boleh bertukar tanpa rasa dosa dan  bersalah, ini kan yang baru 2 tahun.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up