• Carian
  • Media Sosial
  • Ikrar 100 Hari Pakatan Harapan – Omong Kosong Manifesto Bukan Janji

    Posted by supertramp | 17 July 2017 | 1:27 pm | 185

     

    Pada PRU13 macam macam janji telah di buat oleh apa yang di panggil sebagai Pakatan Rakyat.

     

    Maka sekelian rakyat yang sering di bohongi oleh PR terus percaya dengan janji bertulis dalam manifesto mereka.

     

    Namun akhir nya semua terpedaya , selepas berkuasa terus tidak di layan lansung oleh PR, malah ketika ia menjadi satu kes di mahkamah , turut di setujui oleh hakim bahawa ia unbounded dan Manifesto bukan nya janji.

     

    Itu ada lah perkara yang bertulis dan di cetak ratus ribu naskah di edar kepada rakyat.

     

    Jika yang berbukti dan bertulis pun tidak bounded dan PR bersembunyi sebalik hakim dan guaman , apa tah lagi yang di sebut pada pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan.

    Cuba lihat apa janji tidak terikat yang telah di buat oleh Pakatan Harapan seperti di bawah ini :-

     

    – Menghapuskan GST;

    – Menstabilkan harga petrol;

    – Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;

    – Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;

    – Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;

    – Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB; dan

    – Memulihkan Felda.

     

    Kesemua retorik tanpa perincian, malah tiada penjelasan bagaimana ia akan di lakukan.

     

    Ini kerana mereka bertujuan untuk menipu rakyat.

     

    Jika mereka tulis kan dan jelaskan ia akan menambahkan keyakinan rakyat dan tentu Barisan Nasional akan kalam kabut menandingi tawaran Harapan.

     

    Tapi semua pun tahu ia sekadar on-paper dan peyedap hati rakyat sahaja.

     

    Ambil contoh hal minyak , menstabil kan harga petrol, ia satu omongan kosong penyedap hati.

     

    Persoalan nya kita ada kuasa kah atas pengeluaran minyak dunia? Jawap itu dulu.

     

    Kemudian jika mahu stabilkan yang naik , bukan kah kena top up kan wang untuk maintain harga sama ? wang siapa hendak di belasah pula kerana dalam janji PH semua GST dan cukai dah hapus.

     

    Sudah lah hapuskan GST tidak di iringi dengan tablet siapa harus di cukai kan , siapa tidak perlu di cukai kan.

     

    Selain itu tidak di sebut wang perbelanjaan kerajaan dan urusan nya datang dari mana pula.

     

    Gaji gaji elaun elaun, biasiswa, pembiyaan jabatan kebajikan sahaja sudah berbillion datang dari mana pula?

     

    Ada kah akan rasional kan perbelanjaan dengan membuang separuh kakitangan kerajaan yang 90% melayu dengan alasan wang belanja tidak cukup?

     

    Tidak juga di sebut selepas buang GST wang Petronas kah akan jadi mangsa nya 100%?

     

    Negara mesti ada income untuk sustain operasi nya, bukan kah waktu terbaik untuk bentang kan rupa bentuk cukai ganti GST dan tentu semua rakyat akan tolak BN hari ini?

     

    Tapi kenapa begitu sulit untuk bentangkan cukai tidak zalim di mana tiada siapa kena bayar dan tiada siapa kena zalim?

     

    Ini lah Harapan , hanya mampu beri harapan palsu sahaja.

     

    Mahu fokus kepada meringan kan beban rakyat?

     

    Rakyat di negeri Kelantan sudah tidak perlu berebut datang Kl kah?

     

    Rakyat negeri Selangor sudah tidak menadah tangan kepada kerajaan pusat  kah sambil bertanya bila BRIM hendak masuk akaun?

    Plastik yang 20 sen pun tidak PKR mampu hapuskan.

    Begitu juga rakyat negeri Pulau Pinang mereka semua sudah riang ria dan gembira dengan kerajaan Pulau Pinang kah?

     

    Gerai gerai di bina percuma dan yang di roboh sudah di ganti kan kah?

     

    Rumah murah yang kerajaan BN mahu bina kenapa masih di lengah kan kelulusan nya? Apa masalah?

     

    Maka fikir kan lah janji Harapan ini, ia sampah sahaja, mereka bukan hormati rakyat pun , mereka ada agenda maisng masing , berapa kali kah rakyat yang mengaku bijak mahu terpedaya?

     

    Usah buang masa , lihat sekeliling dan fikirkan.

     

    Jika manifesto bukan janji, apa tah lagi yang memang bukan janji.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up