Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • FIFA Digesa Batalkan Qatar Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2022

    Posted by kal-el | 17 July 2017 | 12

     

     

    London: Enam negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar bulan lalu dilapor menulis kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendesak supaya ia melucutkan Doha daripada menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 kerana menganggap emiriah itu ‘pangkalan keganasan.’

     

    Laman web The Local yang berpusat di Swtizerland melaporkan, Arab Saudi Yaman, Mauritania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir secara bersama menulis kepada FIFA supaya mengambil tindakan itu dengan menggunakan Artikel 85 Undang-Undang FIFA yang membenarkan langkah seumpama itu boleh diambil dalam kes kecemasan.

     

    Bagaimanapun, FIFA berkata, presidennya, Gianni Infantino tidak menerima sebarang surat seumpama itu.

     

    “Presiden FIFA tidak menerima surat seumpama itu dan tidak mengulas mengenainya. Seperti yang dikatakan sebelum ini, FIFA sering berhubung dengan Jawatankuasa Penganjur Tempatan Qatar 2022 dan Jawatankuasa Tertinggi yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkait dengan Piala Dunia FIFA 2022,” kata jurucakap FIFA.

     

    Sumber yang rapat dengan kegiatan Piala Dunia kerajaan Qatar berkata, negara itu menyedari tindakan Saudi dan sekutunya.

     

    Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar Jun lalu, menuduhnya menyokong keganasan. Doha menyangkal dakwaan itu.

     

    Qatar memenangi hak menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dan akan mengadakannya pada November dan Disember tahun itu bagi mengurangkan kesan cuaca panas. – Reuters

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up