• Carian
  • Media Sosial
  • Fathia Latiff Kahwin Hujung Tahun Ini?

    Posted by editor | 17 July 2017 | 98

     

     

    Umum mengetahui kini pelakon Fathia Latiff sedang bercinta dengan seseorang yang dikenali sebagai A. Menurut Raja Mawar di BH ONLINE, Fathia dan A yang merupakan seorang ahli perniagaan sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin pada penghujung tahun ini.

     

    Malah, keluarga Fathia dan keluarga kekasihnya itu sudah lama saling mengenali.

     

    Sumber memberitahu Raja, Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.

     

    Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember. Maknanya hujung tahunlah kan…

     

    Bagaimanapun, hingga kini, Fathia belum membuka mulut berbicara soal perkahwinan. Mungkin Fathia masih mahu berahsia…

     

    Raja dengar keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah lama saling mengenali. Keluarga Fathia dan A adalah kenalan lama.

     

    Mereka mula berkawan apabila Fathia dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan saudara rapat A, beberapa tahun lalu.

     

    Dalam satu kenyataan sebelum ini, Fathia ada meluahkan harapan agar keikhlasan dan kesungguhan A akan berkekalan sehingga akhir hayat dan kekasihnya itu dapat mencintainya sepenuh hati.

     

    Selalunya, ketika mula bercinta wanita akan ditatang bagaikan minyak yang penuh dan lelaki sanggup berkorban apa saja.

     

    Selepas berkahwin, semua bertukar sekelip mata. Saya bukan skeptikal terhadap perkahwinan, cuma tidak mahu tersalah langkah. Kalau boleh, saya hanya mahu meniti alam perkahwinan hanya sekali.

     

    Kami mendoakan yang terbaik buat Fathia dan semoga beliau dan kekasih mempunyai jodoh untuk cepat naik pelamin. Amin..

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up