Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Ada Petisyen Bantah Fattah Amin Jadi Hero Drama ‘Coffee Prince’?

    Posted by kal-el | 17 July 2017 | 33

     

     

    Minggu lepas berita pemilihan hero untuk drama popular Korea, Coffee Prince versi Malaysia iaitu Fattah Amin menjadi bualan hangat netizen yang tidak setuju pelakon itu membawakan watak lakonan Gong Yoo, yang diminati ramai.

     

    Kini ada juga petisyen yang diwujudkan melalui kempen di Internet yang meminta agar pelakon lain menggantikan tempat Fattah kerana lakonan beliau dikatakan masih lagi “kayu”.

     

    Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin. Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.

     

    Buat masa ini, Saluran Melayu Astro sebenarnya masih lagi dalam perbincangan untuk memilih pelakon yang sesuai untuk watak tersebut.

     

    Pengarahnya Michael Ang pula tidak mahu mengulas isu ini dengan lebih lanjut walaupun umum mengetahui beliau telah mengesahkan Janna Nick turut terlibat dalam drama tersebut.

     

    Bak kata kami sebelum ini, kita lihat sahaja hasilnya bagaimana nanti. Dengan populariti Fattah Amin kini drama Coffee Prince versi Malaysia pasti akan mendapat sambutan yang hangat.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up