• Carian
  • Media Sosial
  • Wan Azizah Percaya Ke Cakap Mahathir?

    Posted by nadilang | 16 July 2017 | 11:13 am | 583

     

    Pembantu kepada isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor mempersoalkan mengapa Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempercayai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

     

    Dalam satu kenyataan ringkas, Rizal berkata, Mahathir pernah berjanji untuk menjadikan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya ketika memegang jawatan perdana menteri.

     

    “Wan Azizah percaya ke cakap Mahathir?

     

    “Dulu Mahathir kata Anwarlah pengganti PM.. akhirnya Anwar mendiami Penjara Sungai Buloh,” kata Rizal.

     

    Rizal berkata, Mahathir juga melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya tetapi kemudian berusaha menjatuhkannya agar Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri.

     

    “Mahathir angkat Pak Lah jadi PM.. Lepas tu dia juga tumbangkan. Lepas tu Mahathir angkat Najib Razak jadi PM, lepas tu dia nak tumbangkan.

     

    “Nak kena patuk ular yang sama?,” soalnya.

     

    Anwar dipecat ketika menjadi timbalan kepada Mahathir pada 1998 atas tuduhan rasuah dan salah laku seks.

     

    Ketika dipenjara, Wan Azizah menubuhkan sebuah parti politik bagi meneruskan perjuangan reformasi suaminya, yang kini dikenali sebagai PKR.

     

    Anwar dibebaskan dari penjara pada 20014 selepas tuduhan liwat ke atasnya digugurkan semasa Abdullah menjadi perdana menteri.

     

    Semasa pentadbiran Najib, ketua umum PKR itu sekali lagi dipenjarakan pada 10 Februari 2015 atas tuduhan liwat kali kedua.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up