Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • FELDA Jadi Penggerak Utama Transformasi Luar Bandar

    Posted by editor | 13 July 2017 | 13

     

    FELDA, ditubuhkan hasil inisiatif dan idea Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein. Semasa di awal kemunculan nama FELDA dalam negara kita, ramai yang menimbulkan rasa ragu dan kurang yakin terhadap inisiatif tersebut. Namun, akhirnya FELDA sudah terbukti mampu merubah kehidupan rakyat kita, khususnya para peneroka serta generasinya.

     

    Sebelum menjadi peneroka, ada dikalangan mereka terpaksa tinggal di kampung tradisi yang ada sebahagian mereka hanya menumpang di rumah saudara-mara dan ada juga yang tiada rumah sendiri. Apabila menyertai FELDA mereka diberikan tanah suku ekar dan sebuah rumah satu bilik dengan tandas di luar rumah.

     

    Jika kita masih tidak yakin dengan kejayaan FELDA, apa kata kita sendiri pergi melihat dengan mata sendiri keadaan rumah para peneroka, mahupun rumah generasinya. Ternyata bentuk dan nilai rumah mereka sekarang ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini, malah ada dikalangan para peneroka sudah mampu mendirikan rumah agam atau rumah banglo hasil daripada usaha melalui FELDA.

     

    Anak generasi FELDA hari ini dapat melihat sendiri bagaimana perkembangan taraf sosio-ekonomi ibu bapa dan keluarga mereka. Daripada tinggal di pondok buruk di perkampungan tradisi, berpindah ke rumah FELDA di rancangan tanah dan hari ini rumah berkenaan melalui proses baik pulih atau dibina baru menjadi banglo mewah.

     

    Yang pastinya kepesatan Malaysia saban hari diikuti rapat oleh perkembangan suksess FELDA itu sendiri. Melalui pelbagai bentuk inisiatif transformasi yang disambung oleh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka tidak mustahil pada tahun 2053 nanti, FELDA bakal menjadi sebuah empayar terulung di mata dunia! –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up