• Carian
  • Media Sosial
  • Dr Maszlee Memang Memperkecilkan Nabi-Nabi – Dr Kamarul Yusoff

    Posted by safwan | 13 July 2017 | 132

    PUTRAJAYA : Petikan ucapan Dr Maszlee yang dilaporkan oleh portal berita Menara.my dalam artikel yang bertajuk “Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan – Maszlee Malik” adalah tepat.

    Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, selaras dengan seruan Dr Maszlee mengenai pengamalan tabayyun, beliau telah mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee yang hadir sebagai responden kepada pembentangan forum yang bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia’ pada 8 Julai lalu.

    “Laporan portal berita Menara.my ini memang tepat manakala kenyataan Dr Maszlee di dalam Facebook beliau bagi mengulas laporan ini pula adalah sangat lemah,” katanya.

    “Saya telah membuat sendiri transkrip petikan ucapan penuh Dr Maszlee yang menyentuh isu ini yang berbunyi:

    “What I am concerned more is the second section of my speech. Number one is, you know, we have to admit that we are living in a crazy world. Not only in Malaysia.

    If you say that, “oh, in Malaysia we have fake news and whatever”, no, it is not only Malaysia. US is worse.

    Europe is terribly worse. And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that.

    Overgeneralisations, sweeping statements, perceptions, misconceptions, prejudgements, these all norms that we are living nowadays. Very unfortunate. People could easily pick up something from the net, from the internet, from the news and overgeneralising everything.”

    Dapat difahami daripada ayat yang digunakan oleh Dr Maszlee berbunyi “And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that” ini bahawa rujukan kepada perletakan jawatan Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints) ini adalah merujuk kepada perletakan jawatan mereka sebagai Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints).

    Ekoran dari ucapan beliau, Dr Kamarul mendapati tiada terdapat pada sebarang tempat di dalam keseluruhan ucapan Dr Maszlee ini sebarang kenyataan lain yang boleh membawa maksud bahawa “professions Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints) yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pekerjaan seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi” seperti kenyataan pencerahan di Facebook beliau pada 11 Julai lalu.

    Beliau juga berkata tidak terdapat sebarang petunjuk bahawa Dr Maszlee berseloroh sewaktu mengucapkan ayat tersebut.

    “Dr Maszlee menyebut sebanyak dua kali istilah “I believe” (saya percaya) sewaktu mengucapkan ayat tersebut jelas menunjukkan beliau tidak berseloroh kerana sangat tidak mungkin untuk seseorang berseloroh mengenai kepercayaan beliau,” jelasnya lagi.

    -Menara.my

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up