• Carian
  • Media Sosial
  • Apabila Seorang ‘Kuku Besi’ Mula Takut Hilang Kuasa [VIDEO]

    Posted by editor | 13 July 2017 | 12:06 pm | 374

     

    18 Mac 1966, Parti Tindakan Demokratik ditubuhkan di negara kita. Asas perjuangannya (jika di atas kertas) adalah bagi menyuburkan amalan demokrasi dan menyediakan platform terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang mahu mengamalkan sistem demokrasi sebenar.

     

    Ya, di atas kertas objektif penubuhan parti yang lebih sinonim dipanggil DAP itu amat cantik lagi menyiurkan kita semua. Namun pada hakikatnya boleh digambarkan sebagai ‘indah khabar dari rupa’.

     

    Kalau kita ceritakan kepada orang luar, mungkin mereka tidak percaya bahawa sepanjang 51 tahun kewujudan DAP, tiada sekelumit zarah pun amalan demokrasi digunakan dalam parti tersebut.

     

    Mereka hanya menggunapakai kaedah ‘kuku besi’ dan kronisme untuk menggerakkan DAP sehingga ke saat artikel ini ditulis. Sebab itu, sudah 51 tahun DAP wujud, yang berkuasa dalam parti berkenaan masih Legasi Lim – Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan keluarga mereka.

     

    Apabila timbul isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tidak sah pada September 2013 lalu, sepatutnya sebuah parti yang berpaksikan demokrasi tidak harus rasa teragak-agak untuk melakukan pemilihan semula seperti diminta ROS, namun penguasa DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng nampaknya tidak berani.

     

    Ini disebabkan kedua-dua anak beranak itu sudah mula timbul rasa bimbang akan hilang kuasa jika pemilihan semula CEC DAP dilakukan dengan penuh amalan demokrasi dan keterbukaan.

     

    Turut mengakui perkara sedemikian adalah bekas orang kanan Kit Siang sendiri yang sudah lama ‘bersekedudukan’ dalam perjuangan dengan Kit Siang sebelum ini, iaitu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

     

    Menurut bekas Naib Pengerusi DAP itu, Kit Siang dikatakan bimbang sekiranya pemilihan dilakukan, beliau akan kehilangan kedudukannya kepada Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang lebih berpengaruh dalam parti.

     

    “Seng Giaw lebih popular dalam DAP. Sebab itu, mereka sengaja melengah-lengah dan tidak mahu buat pemilihan semula,” katanya, semalam.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up