• Carian
  • Media Sosial
  • Jika Dibiarkan, Tak Mustahil Pulau Pinang Jadi Negeri Gay & Kristian Terbesar?

    Posted by editor | 11 July 2017 | 509

     

    Beberapa ketika dahulu, Naib Presiden DAP Dr Ariffin Omar pernah berkata apa salahnya jika Pulau Pinang menjadi sebuah Bandar Kristian di negara kita. Walaupun dicemuh seantero Malaysia, namun pemimpin DAP itu sekadar ‘membutakan mata, memekakkan telinga’.

     

    Sekarang timbul pula isu lain pula. Performing Arts Centre of Penang (PenangPac) telah memberi keizinan untuk menyiarkan sebuah filem gay pada 11 Julai 2017.

     

    Tanpa ada rasa bersalah walau sedikit pun, Kerajaan DAP Pulau Pinang seakan-akan tidak memperduli langsung sensitiviti masyarakat Islam di negeri berkenaan walaupun umum mengetahui bahawa amalan gay adalah salah di sisi Agama Persekutuan.

     

    Soalnya sekarang, adakah perkara ini sengaja dianjurkan untuk meraih minat golongan tersebut kepada kepimpinan DAP? Adakah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP mahu menjadikan negeri berkenaan sebagai permulaan kepada sebuah negara yang sekular?

     

    Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan pihak-pihak yang memperjuangkan kesucian agama Islam harus bertindak segera mencegah Lim Guan Eng selaku Ketua Kerajaan negeri membiarkan aktiviti-aktiviti Kristianisasi dan amalan gay berleluasa di negeri berkenaan. –Tv14

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up