Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Anjing Haram Bukan Dari Quran, Dari Hadis Yang Diriwayat Oleh Pencinta Kucing – Aktivis

    Posted by editor | 11 July 2017 | 10:14 am | 2021

     

     

    SEORANG aktivis hak asasi manusia yang penuh kontroversi sekali lagi mengejutkan dunia Islam dengan kenyataan terbarunya tentang isu memelihara anjing.

     

    Asiah Abd Jalil dalam satu kenyataan di laman facebooknya dilaporkan berkata hukuman haram terhadap anjing bukanlah dari Al Quran, sebaliknya hanya dari ulama’.

     

    “Anjing dihukumkan haram oleh ulama’ bukan berdasarkan dalil Al-Quran. Tetapi berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,” katanya dalam ruangan facebook.

     

    Dia yang juga rakan kepada Siti Kasim turut mengulas mengenai sahabat Nabi SAW iaitu Abu Hurairah yang katanya tidak menyukai anjing disebabkan beliau amat cintakan kucing sehingga mendapat gelaran ‘Bapa Kucing’.

     

    “Abu Hurairah sangat sukakan kucing, hingga digelar ‘bapa kucing’.

     

    “Dia suka kucing, tu hak dia. Tapi disebabkan dia suka kucing, maka tak hairanlah dia tak suka anjing,” ujarnya.

     

    Ini menyebabkan berlakunya ‘conflict of interest’ katanya sehingga Abu Hurairah meriwayatkan hadis berkaitan pengharaman anjing. –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up