• Carian
  • Media Sosial
  • Kit Siang Takut Hilang Status Diktator

    Posted by fatty | 10 July 2017 | 8

     

    Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, Lim Kit Siang cukup takut status diktatornya dalam DAP hilang jika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu diadakan semula.

    Oleh sebab itu Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Kit Siang sukar menerima arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya DAP mengadakan semula pemilihan tersebut.

    “Dia takut statusnya sebagai seorang diktator DAP hilang, sebab itu dia seperti takut untuk berbuat demikian.

    “Kit Siang perlu menerima hakikat bahawa pemilihan CEC pada 29 September 2013 adalah tidak sah.

    “Jika DAP ikut demokrasi, kena buat semula, tapi saya rasa Kit Siang takut sebenarnya, sebab itu dia serang ROS,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

    Kelmarin, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

    Tambah Syed Ali, DAP sepatutnya mencontohi UMNO dengan mengadakan semula pemilihan parti apabila diarahkan berbuat demikian.

    “Kalau sudah tidak sah, kena buat semula seperti arahan ROS, apa yang dia takut sangat, barangkali takut status diktatornya hilang.

    “Dia kena terima hakikat ROS kata buat pemilihan semula, dia kena buat pemilihan semula. Sama seperti UMNO dulu,” jelasnya.

    Pendaftaran UMNO pernah dibatalkan pada tahun 1987 ekoran perebutan jawatan presiden parti membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

    “Kita (UMNO) disuruh buat pemilihan semula kita buat, sebab UMNO berpegang kepada prinsip demokrasi,” katanya.

    Menurutnya, anggapan ROS sebagai mengarut oleh Kit Siang amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin politik veteran itu.

    Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar tindakan DAP yang menyerang ROS serta menyalahkan kerajaan berhubung perkara tersebut.

    “Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

    “Kit Siang ini hanya pandai bercakap sahaja, bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam,” ujarnya.

    Syed Ali turut menyangkal dakwaan DAP kononnya UMNO telah mempengaruhi ROS berhubung pembatalan pemilihan tersebut.

    “Kenapa pula UMNO hendak mempengaruhi ROS, dulu pun pendaftaran UMNO dibatalkan dan kita tidak ada masalah untuk mengadakannya semula,” tegasnya.

    Syed Ali turut mengingatkan ahli UMNO di peringkat akar umbi supaya sentiasa kukuh dan mengekalkan semangat perpaduan.

    Katanya, jika akar umbi tidak kukuh ianya akan memberi kesan kepada peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pusat.

    “Akar umbi kena kukuh, lagipun musuh cuba hancurkan UMNO daripada dalam, ini kita kena berwaspada,” tegasnya. – aw

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up