• Carian
  • Media Sosial
  • Gabungan 40 NGO Cina Di Pulau Pinang Nyatakan Tak Puas Hati Dengan DAP Dan Guan Eng

    Posted by fatty | 10 July 2017 | 62

     

    Saban hari parti rasis dan cauvinis DAP dilihat semakin goyah dan ditolak rakyat. Ini dapat dilihat apabila ramai yang menolak dan mula hilang kepercayaan kepada parti itu yang kononnya mampu membawa keamanan dan menjaga kebajikan rakyat.

    Buktinya, apabila gabungan 40 NGO Cina di negeri Pulau Pinang mula menyatakan tidak puas hati dengan parti rasis dan cauvinis DAP, dan Lim Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri negeri Pulau Mutiara itu.

    Program Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang diadakan sejak tahun 1994 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Program ini dimulakan secara kecil-kecilan setiap dua tahun sekali.

    Acara ini dianjurkan oleh Clan Youth Association Committee, yang merupakan gabungan pergerakan Pemuda bagi klan-klan Cina Pulau Pinang, dan dianjurkan di bawah naungan Majlis Klan Cina Pulau Pinang (kecuali 2008 di mana acara dianjurkan terus oleh Majlis Klan Cina).

    Namun, penganjuran sambutan Tahun Baru Cina 2016 amat hambar dan mengecewakan pengunjung. Hal ini kerana pengunjung mendapati festival tersebut kurang mempersembahkan nilai dan budaya masyarakat Cina, tetapi lebih bersifat komersil.

    Khabarnya, banyak kos yang dipotong dan kroni-kroni Ng Wei Aik mendapat habuan melalui penganjuran festival yang mega ini. Majlis Klan Cina Pulau Pinang kemudiannya mendakwa peruntukan penuh tidak disalurkan, dan kekurangan RM70,000.

    Pada 7 Julai 2017, Meng Eng Soo Temple sekali lagi mengadakan perayaan Hari Terbuka. Pihak penganjur, iaitu Majlis Klan Cina telah menjemput pemimpin-pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh ADUN-ADUN DAP dan juga pemimpin dari Barisan Nasional.

    Kelihatan juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang iaitu Datuk Jahara Hamid (UMNO) yang turut serta meraikan program budaya ini. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon, diundang ke majlis ini dan diberikan penghormatan daripada pihak penganjur atas usaha dan jasa beliau yang berjaya meletakkan nama George Town mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai tapak warisan dunia.

    Koh Tsu Koon kemudiannya diberikan cenderamata kenangan daripada pihak Majlis Klan Cina Pulau Pinang atas jasa tersebut. Usaha yang dimulakan oleh Koh Tsu Koon sejak tahun 90an inilah yang mengharumkan nama George Town sebagai destinasi pelancongan warisan yang terunggul pada masa kini.

    Difahamkan, Lim Guan Eng pada awalnya telah menolak untuk menghadiri upacara perasmian Hari Terbuka ini, namun berubah fikiran pada saat terakhir. Namun pemakaian round-neck tshirt Guan Eng dilihat tidak bersesuaian dengan majlis formal ini, padahal semua anggota EXCO dan ADUN DAP berpakaian tradisional, padan dengan majlis yang penuh budaya ini.

    Hal ini jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan penting dalam negeri itu sombong dan tidak hormat kepada majlis.

    Dalam ucapan Pengerusi Majlis Klan Cina Pulau Pinang, Chang Wei Lu, beliau telah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam beberapa isu terutamanya berkenaan dengan isu penganjuran Perayaan Tahun Baru Cina. Ucapan beliau telah membangkitkan kelemahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan telah menimbulkan rasa marah dalam hati Guan Eng.

    Seperti kebiasaan Guan Eng yang pantang pentadbirannya dikritik, membidas kembali. Guan Eng kemudiannya melepaskan rasa geramnya ketika memberikan ucapan. Dengan nada yang sinis, beliau telah memberikan amaran kepada Majlis Klan Cina supaya tidak bertindak menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi berunding dengan lebih tenang.

    Guan Eng memberikan amaran bahawa Majlis Klan Cina tidak menduduki Meng Eng Soo Temple secara sah dan segala perkara harus dilakukan mengikut lunas undang-undang. Kenyataan ini jelas untuk mengugut dan memberikan peringatan bahawa Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan terhadap Majlis Klan Cina sekiranya mereka terus bertindak menentang Kerajaan Negeri.

    Dalam pada itu, Guan Eng juga mendabik dada memberitahu orang ramai kononnya betapa telus pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan DAP dalam mengumpul dana yang tinggi dalam rizab kewangan negeri.

    Dengan nada kesombongan juga, Guan Eng memberitahu bahawa sekiranya para pengundi masih melihat pentadbiran di bawah Koh Tsu Koon lebih baik, maka pentadbiran Pakatan Harapan bersedia untuk digantikan. Keangkuhan Guan Eng amat terserlah dalam ucapan beliau yang banyak berbaur politik dan ugutan.

    Ramai yang hadir berpendapat bahawa Guan Eng amat marah kerana dihina di khalayak ramai dan kini bertindak untuk mengugut NGO Cina ini untuk tunduk kepadanya. Walau apa pun, sebagai Ketua Menteri yang matang dan profesional, Guan Eng sepatutnya mengawal emosi dan bertindak lebih rasional dan tidak mengeluarkan kata-kata yang mengugut.

    Ini juga menunjukkan ia amat berbeza dengan ucapan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon penuh dengan rasa rendah diri dan penghargaan kepada NGO-NGO seperti Majlis Klan Cina dan Penang Heritage Trust yang telah bekerjasama erat dengan kerajaan pimpinan beliau dalam usaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO untuk Bandar George Town.

    Ucapan beliau disusuli oleh tepukan gemuruh daripada orang ramai yang nampak dengan jelas sifat peribadi yang rendah diri dalam Koh Tsu Koon berbanding dengan Guan Eng. Sudah jelas dan nyata bahawa orang ramai sudah nampak nilai dan usaha baik Kerajaan BN pimpinan beliau berbanding Kerajaan Negeri DAP.

    Kesimpulannya, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, sudah jelas menyeleweng peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada NGO-NGO tempatan. Ketamakan Ng Wei Aik akhirnya makan diri sendiri apabila dibongkar oleh masyarakat Cina yang tidak tahan lagi dihimpit dan ditekan oleh orang-orang DAP.

    Sentimen orang Cina terhadap Barisan Nasional kini nampaknya lebih positif berbanding 2013. Pengundi yang logik dan rasional sudah muak dengan janji-janji manis DAP dan penyelewengan yang semakin berleluasa dalam pentadbiran kerajaan pimpinan DAP.

    Keangkuhan, ketamakan dan penipuan DAP dan Pakatan Harapan sudah disedari masyarakat Cina. NGO-NGO kini semakin berani lantang bersuara menentang DAP secara terbuka dan tidak lagi menaruh harapan kepada DAP.

    Akhbar-akhbar Cina yang sebelum ini memainkan peranan membantu DAP meraih sokongan kini ditentang dan diugut oleh Guan Eng. Namun begitu, cabaran Barisan Nasional adalah untuk menjadikan sentimen positif ini kepada undi Barisan Nasional dalam Piliharaya Umum yang akan datang. –Utaranews.com

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up