• Carian
  • Media Sosial
  • AS Tembak Jatuh Jet Tempur Syria

    Posted by editor | 19 June 2017 | 55

     

     

    DAMSYIK: Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh sebuah pesawat tempur Syria selepas tentera rejim didakwa menyerang askar Kurdish, sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua pihak.

     

    Pusat Perintah AS berkata, pesawat tentera Syria, SU-22 menggugurkan bom berdekatan kawasan Tentera Demokratik Syria (SDF), yang menyokong pakatan tentera AS memerangi militan Daesh di Raqqa.

     

    “Berdasarkan undang-undang pertempuran dan mempertahankan diri oleh tentera pakatan, pesawat itu ditembak jatuh oleh sebuah jet milik AS, F/A-118E Super Hornet.

     

    “Misi tentera pakatan adalah menumbangkan militan Daesh di Iraq dan Syria. Tentera pakatan tidak mahu bertempur dengan rejim Syria, Rusia dan sekuru mereka tetapi tidak teragak-agak mempertahankan diri jika diancam.

     

    “Kehadiran tentera pakatan di Syria bagi membuktikan ancaman bahaya militan Daesh di Syria yang mengancam dunia,” jelas pusat itu menerusi satu kenyataan.

     

    Serangan itu merupakan yang ketiga melibatkan tentera AS ke atas kerajaan Syria sejak April selepas Presiden AS, Donald Trump mengarahkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera udara rejim yang terlibat dalam serangan senjata kimia.

     

    Tentera AS turut menyerang askar prokerajaan pada bulan lalu selepas pangkalan latihan SDF dibom. – Independent.uk

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up