Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Bonus : Azmin Ali Kelentong Penjawat Awam Selangor Di Bulan Ramadan

    Posted by editor | 15 June 2017 | 11:38 am | 2045

     

    MASIH ingatkah kita pada 23 Mei 2017, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berbangga umum bonus dua bulan setengah gaji kepada 17,703 orang kakitangan awam di negeri tersebut. Antara sebab Azmin mahu beri bonus sebanyak itu adalah kerana mendakwa Selangor adalah negeri terkaya dengan rizab lebih RM4 billion.

     

    Namun pada tarikh 13 Jun 2017, Azmin sudah membuat ‘U TURN’. Bonus yang mahu diberi diumumkan hanya dua bulan sahaja. Setengah bulan sudah hilang. Kenapa jadi begitu Azmin? Hilang ke mana setengah itu? Inilah yang harus kita tanyakan kepada dia kerana ramai yang masih belum sedar akan perkara ini.

     

    Ini bukti Azmin hanya sekadar main cakap lepas sahaja mengenai hal pemberian bonus. Akhirnya membuat keputusan yang “flip flop” mengenai jumlah sebenar bonus. Lihat video ini ;

     

     

     

    Azmin baru habiskan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam. RM63.3 juta ini tidak perlu guna duit rizab pun. Duit MARRIS yang diberi oleh kerajaan pusat kepada Selangor pada 2016 berjumlah RM497 juta.

     

    Jalan di Selangor banyak yang berlubang. Kalau diturap pun, kualiti tar yang digunakan rendah. Dalam seminggu sahaja berlubang balik. Duit MARRIS ini ada diguna untuk baiki jalan atau bina jalan baru di Selangor? Atau duit MARRIS ini diguna bayar bonus dua bulan gaji?

     

    Jumlah 17,703 ini hanyalah 0.28% sahaja dari keseluruhan 6.8 juta penduduk Selangor. Berbanding dengan Kerajaan BN Pusat yang telah memberi BR1M berjumlah RM1200 kepada 1,066,359 juta orang di Selangor.

     

    Selangor negeri paling teramai terima BR1M. Sejumlah 15.68% dari seluruh rakyat Selangor dan melibatkan peruntukan RM1.2 billion. Lebih berkali ganda lebih besar dari hanya RM63.3 juta yang diberi Azmin.

     

    Siapa sebenarnya yang kena kelentong sekarang? Jawapannya para penjawat awam Selangor dan ke semua rakyat yang menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAN, PPBM dan Pakatan Harapan keseluruhannya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up