Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Kit Siang Tuduh Pensyarah UUM Ejen Propaganda UMNO

    Posted by fatty | 1 June 2017 | 41

     

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff sebagai ejen propaganda UMNO.

    Beliau membuat tuduhan itu gara-gara berang dengan pendedahan Kamarul Zaman berhubung agenda kristianisasi DAP melalui pendekatan politik berdasarkan kajian yang dilakukan ahli akademik tersebut.

    “Kamrul Zaman telah melakukan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kepada reputasi UUM.

    “Saya meratapi standard akademik universiti di Malaysia apabila orang seperti beliau boleh menjadi pengarah institut analisis politik sebuah universiti di negara ini,” dakwanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman portal rasmi DAP, Roketkini.

    Kit Siang dalam pada itu mendakwa Kamarul Zaman menunjukkan tahap akademiknya yang sederhana apabila menyebut dua pemimpin DAP iaitu Anthony Loke dan Tony Pua merupakan penggerak agenda Kristianisasi parti itu.

    “Untuk pengetahuan Kamarul Zaman, Anthony Loke and Tony Pua bukan Kristian. Dimana hadirnya agenda Kristian DAP tersebut,” dakwanya.

    Kamarul Zaman baru-baru ini mendedahkan DAP berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian.

    Beliau mendakwa perkara itu boleh diteliti berdasarkan buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (Menjadi Hannah).

    “Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

    “Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” dakwa Kamarul Zaman. –Kedahnews.com

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up