• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • DAP Hanya Berminat Jual Tanah Di Pulau Pinang Berbanding Jaga Rakyat Negeri

    Posted by editor | 31 May 2017 | 45

     

    Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) merupakan slogan yang bangga dilaung-laungkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng boleh disifatkan mati. Slogan itu hanyalah satu ayat kepura-puraan buatan DAP bagi meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka.

    Semakin lama kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP memerintah negeri Pulau Pinang, negeri yang terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara itu akan semakin parah dan banyak malapetaka akan berlaku sehingga membuat rakyat menderita.

    Ini kerana kerakusan kerajaan DAP hanya mementingkan kepentingan peribadi berbanding mengutamakan rakyat. Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara, sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

    Namun seperti kebiasaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengulangi pembohongan yang telah begitu banyak diulang-ulang olehnya, berhubung dengan jumlah tanah-tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dijual olehnya sejak ambil alih kerajaan pada 2008.

    Ini dapat dilihat apabila Guan Eng baru-baru ini menafikan dakwaan telah menjual banyak tanah kerajaan negeri. Sebaliknya mengatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menjual 106.1 ekar tanah sahaja sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2008.

    Iaitu 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai tanah tapak projek PPR Taman Manggis dan 105 ekar di Bayan Mutiara. Walaubagaimanapun, kenyataan Guan Eng itu ternyata tidak benar.

    Ini kerana menurut rekod yang ada, kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 telah menjual jauh lebih banyak tanah daripada apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

    Antara rekod tanah-tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dijual;

    Pada 2011, telah menjual tanah seluas 105 ekar di Bayan Mutiara kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 billion,

    Pada 2012, telah menjual tanah seluas 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) pada harga RM 11.6 juta.

    Pada 2013, telah bersetuju untuk memindah milik tanah seluas 110 ekar di Seri Tanjong Pinang dan Gurney Drive kepada Consortium Zenith BUCG sebagai pembayaran in-kind untuk projek mega Terowong Bawah Dasar Laut yang dinilaikan pada RM6.3 billion (tiada tunai terlibat),

    Pada 2013, telah menjual tanah seluas 40 ekar di Batu Kawan kepada PE Land denga harga RM65.34 juta,

    Pada 2014, telah menjual tanah seluas 245 ekar juga di Batu Kawan kepada Aspen Vision (yang 49% pegangannya dimiliki oleh Ivory Properties) pada harga RM484 juta.

    Pada 2014, telah menjual tanah seluas 30 ekar juga di Batu Kawan kepada Paramount Group pada harga RM67 juta.

    Pada 2014, telah menjual tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan kepada Eco World dengan harga RM1.02 billion (walau bagaimanapun perjanjian ini telah dibatalkan oleh pembida iaitu Eco Word dengan alasan mereka telah tersalah perkiraan semasa membida untuk tanah ini.

    Tanah didapati tidak cukup luas untuk pembinaan sebuah padang golf sebagai mana disyaratkan dalam tender).

    Pada 2015, telah menjual tanah seluas 20 ekar di Batu Kawan kepada syarikat Singapura Jabil Group pada harga RM 30 juta.

    Dan kini pada Mei 2017, sebidang tanah seluas 6.4 ekar di Lebuhraya Peel kepada Island Hospital pada harga RM 156 juta.

    Tetapi mungkin ada lain-lain tanah yang telah dijual oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 yang di luar pengetahuan. Meskipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bangga melaung-laungkan mereka mengamalkan Ketelusan dalam urus tadbir kerajaan negeri, namun sebenarnya tidak sama sekali berbuat demikian.

    Ini terbukti bila permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai penjualan tanah-tanah ini diminta daripada Kerajaan Negeri di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat FOI 2009, pihak Kerajaan Negeri mula memberikan pelbagai alasan untuk tidak mendedahkan maklumat yang diminta.

    Dalam penjualan tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital, Kerajaan Negeri sendiri mengakui tiada tender terbuka dijalankan untuk penjualan tanah tersebut. Ini sama sekali bercanggahan dengan amalan CAT yang kononnya menjadi pegangan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

    Apabila diminta untuk menjelaskan kenapa Kerajaan Negeri tidak mendedahkan lebih awal menegani penjualan tanah berkenaan, alasan Guan Eng adalah kerana terikat dengan ‘non-disclosure agreement’ yang dipersetujui dan ditandatangani di antara pihak Kerajaan Negeri dan pihak pembeli.

    Ini adalah bercanggahan dengan prinsip ketelusan atau transparensi yang dijaja oleh Kerajaan Negeri sendiri. Apa pun, diyakini dan percaya lebih daripada RM10 billion tanah telah dijual atau ditukar milik oleh Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak lain sejak 2008. – Utaranews.com

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up