• Carian
  • Media Sosial
  • Zaman Mahathir Memang Tiada Lempang, Tapi Ada Pembunuhan Rakyat Beramai-Ramai

    Posted by editor | 19 May 2017 | 5:18 pm | 656

     

    YA, kita harus mengaku dan bersetuju bila Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa di zamannya memerintah negara, tiada insiden lempang seperti yang berlaku dalam dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Anak Seni baru-baru ini.

     

    Namun jangan kerana itu kita sudah anggap zaman Dr Mahathir memerintah dahulu adalah yang terbaik dan mulia serta disukai oleh masyarakat Malaysia keseluruhannya.

     

    Kerana pada zaman Dr Mahathir telah berlaku pelbagai penghinaan, sekatan dan kesengsaraan rakyat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah atau lebih tepat oleh Dr Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri diktator.

     

    Sebagai contoh peristiwa pembunuhan beramai-ramai Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dengan penuh kejam dan tanpa peri kemanusiaan langsung.

     

    Lebih tragis lagi, Dr Mahathir pada ketika itu turut berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia kununnya dia tiada di tanah air pada hari kejadian kerana mengadakan lawatan ke China.

     

     

    Akhirnya dengan kuasa Tuhan, Tun Musa Hitam sendiri mendedahkan rahsia bahawa Dr Mahathir sebenarnya dalang disebalik pembunuhan kejam rakyat Malaysia tanpa sebarang perbicaraan dan tidak cukup dengan itu turut berbohong kepada semua bahawa dia tiada di dalam negara.

     

    Tak perlulah kita bercerita panjang lagi tentang perkara ini. Jelas menunjukkan bahawa Dr Mahathir memang mempunyai hati busuk dan tidak berperikemanusiaan langsung.

     

    Memang pada zaman Datuk Seri Najib Razak ini ada insiden tampar menampar dari kalangan artis yang hanya melibatkan dua orang sahaja, namun dunia harus tahu di zaman Dr Mahathir memerintah dahulu ada insiden pembunuhan kejam tanpa bicara di kawasan pedalaman yang melibatkan 14 orang kesemuanya.

     

    Jadi, siapa lebih kejam sekarang ini? –Tv14

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up