Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Suspek Kes Rompak Dan Rogol Premis Judi Di Kinrara Maut Jatuh Bangunan

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 234

     

    Seorang lelaki yang dipercayai suspek kedua kes samun dan rogol sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Puchong, yang tular sebelum ini dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 12 PPR Semarak, Setapak, malam tadi, lapor Berita Harian.

    Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah melakukan serbuan ketika jam 10.10 malam di mana suspek berusia 22 tahun terbabit cuba melarikan diri dengan turun ke bawah menerusi jeriji dapur rumah berkenaan.

    Kisah terdahulu yang dilaporkan : INI VIDEO VIRAL ASAL JURUWANG WANITA PUSAT JUDI YANG DIROGOL 2 LELAKI

    Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika serbuan, polis telah mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri namun penghuni enggan membuka pintu.

    Sebelum ini pihak polis telah berjaya menahan suspek pertama berumur 26 tahun ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor pada 14 Mei lalu.

    Berdasarkan rakaman video, seorang wanita warga Indonesia berumur 33 tahun telah dirogol oleh kedua-dua suspek, mangsa kemudiannya melarikan diri.

    Namun pada Rabu lalu mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara selepas lima hari menyembunyikan diri di rumah rakannya di selatan tanah air.

    Turut sama membuat laporan adalah seorang lagi pekerja di premis itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up