• Carian
  • Media Sosial
  • Ramesh Cabar Melayu Sokong DAP, PAN, PKR Dan Bersatu Selar Superman Hew

    Posted by editor | 19 May 2017 | 79

     

     

    Bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dengan selamba kata orang Melayu yang mengundi UMNO sehingga parti Melayu itu boleh menang 88 kerusi dalam Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah bodoh kerana sudah dihasut oleh pemimpin terdahulu.

     

    Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata ini membuktikan bahawa pemimpin parti DAP, PKR, PAN dan PPBM juga adalah bodoh kerana ada di antara mereka pernah menyokong UMNO khususnya bekas pemimpin UMNO di dalam parti itu.

     

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata betapa penakutnya para pemimpin Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) kerana membiarkan sahaja Hew berkata sedemikian kepada bangsa mereka dengan nada yang menghina.

     

    “Sudah pasti kalau mereka tak pilih UMNO pun, ada saudara mara dan ahli keluarga mereka yang undi UMNO ketika PRU13 yang lepas, jadi mereka ini seakan dayus kerana membiarkan bekas ahli DAP ini menyalak dan mengatakan orang Melayu bodoh,” kata Ramesh.

     

    Hew dalam satu ceramah mengatakan bahawa kononnya angin perubahan hendak menjatuhkan UMNO begitu kuat tapi pembangkang masih gagal menumbangkan UMNO sebaliknya UMNO menang 88 kerusi.

     

    “Ini ialah bukti bahawa penduduk dalam 88 kawasan Parlimen ini ialah orang Melayu yang degil dan tak pandai.

     

    “Walaupun saya kata orang Melayu ini bodoh tapi saya tak salahkan mereka kerana sudah dipukau oleh UMNO,” kata Hew dalam ceramah itu.

     

    Ramesh mencabar orang Melayu yang sokong DAP, PAN, PKR dan PPBM menyelar tindakan Hew jika mereka tidak bodoh setidaknya bersuara bagi ahli keluarga mereka yang sudah mengundi dan menyokong UMNO sejak dulu.

     

    “Melayu DAP, PKR, PAN dan Bersatu Melayu dayus? Bodoh? Kalau bukan kenapa tidak tegur Superman?,” kata Ramesh mencabar.

     

    Kebanyakan parti di dalam PH amat penakut dan pengecut jika mahu berdepan dalam arena politik dengan DAP.

     

    “Apa sahaja yang dilakukan oleh DAP biarpun kurang ajar kepada orang dibiarkan sahaja oleh pemimpin Melayu dalam parti lain dalam pakatan khususnya Presiden PAN, Mat Sabu, Presiden Bersatu, Muhyiddin dan Presiden PKR, Wan Azizah,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up