Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Pengerusi SPR Nafi Jadi Kuda Tungangan BN

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 23

     

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menyifatkan beliau tidak berasa ‘kecil hati’ dituduh pembangkang sebagai kuda tunggangan Barisan Nasional (BN).

    “Saya tidak pernah kesal dengan kenyataan itu dan saya tahu bahawa saya tidak akan diserang secara peribadi, kalau saya tidak menjadi pengerusi.

    “Secara peribadi, saya tidak pernah kecil hati dengan sesiapa pun yang kata saya,” katanya di ibu pejabat SPR, Jumaat.

    Selain itu, Hashim juga menafikan bahawa SPR diperalat oleh parti pemerintah.

    “Tidak ada kuda tunggangan kita tahu apa yang kita buat,” katanya.

    Beliau mengulas dakwaan oleh Naib Presiden PPBM yang juga bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersama Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasa, Ketua Penerangan PAN, Khalid Abdul Samad dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam satu kenyataan pada Rabu lalu yang mengingatkannya SPR serta Hashim supaya bertanggungjawab melaksanakan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.

    Sementara itu, Hashim juga membidas segelintir parti politik yang hanya membuat kritikan, tetapi tidak mengemukakan bantahan secara rasmi selepas menyedari wujud masalah dalam sistem pemilihan.

    “Kalau parti politik tahu ada pindahan pengundi dan sebagainya, sila buat bantahan, itu adalah proses terbaik dan kita akan siasat. Ini perkara biasa dan SPR mengikut peraturan yang diperuntukkan kepada kita.

    “SPR juga ada jabatan di setiap negeri, apabila ada bantahan pegawai SPR akan tengok, kalau ianya munasabah dan ada kebenaran dan kita rasa perlu tolak, maka SPR akan menolak. Dia tidak kira mana-mana parti politik,” katanya.

    Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mendakwa terdapat kegiatan memindahkan pengundi secara besar-besaran di Kelantan.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up