• Carian
  • Media Sosial
  • Pengantin Lelaki Diculik Bekas Kekasih

    Posted by editor | 19 May 2017 | 13

     

     

    New Delhi: Seorang pengantin lelaki diculik kumpulan bersenjata yang diupah kekasihnya sejurus sebelum dia menyelesaikan majlis perkahwinan dengan wanita pilihan keluarganya.

     

    Dalam kejadian Isnin lalu, Ashok Yadav, 24, baru selesai bertukar-tukar kalungan bunga dengan wanita yang dikahwininya sebelum membuat ikrar perkahwinan dengan mengelilingi api mengikut istiadat Hindu.

     

    Bagaimanapun, tiba-tiba dua kenderaan SUV berhenti di pintu masuk lokasi majlis dan 10 orang keluar diketuai seorang wanita yang memegang pistol yang diacukan ke kepala Yadav.

     

    Mereka kemudian melarikan diri bersama pengantin lelaki terbabit.

     

    Kira-kira 40 jam kemudian, ibu bapa Yadav membuat laporan polis.

     

    Wanita bersenjata yang menculiknya dikenal pasti sebagai Bharti , bekas kekasih Yadav yang tidak dapat menerima hakikat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain.

     

    Polis kini memburu Bharti dan mangsanya.

     

    Sementara itu, bapa Yadav, Ramhet berkata, dia meminang wanita yang akan dijodohkan dengan anaknya bulan lalu. Menurutnya, Bharti rakan sekerja Yadav di sebuah hospital kerajaan.

     

    Ketika menculik Yadav, Bharti dilaporkan memberitahu tetamu di majlis itu bahawa mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu.

     

    Wanita yang berang itu berkata, Yadav merahsiakan perkahwinannya itu. Dia kemudian menghentak kepala Yadav sebelum melarikannya sambil menjerit dia akan memastikan lelaki itu menjadi suaminya walaupun terpaksa mengancamnya dengan pistol. – Agensi

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up