Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Mat Over Tampar David Teo : Jika Berlaku Zaman Mahathir, Dah Lama ‘Mati’

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 2:15 pm | 424

     

     

     

     

    Penasihat Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad semakin tidak betul dan melalut teruk.

     

    Terbaharu dia menggunakan media sosial yang mana pada zamannya dahulu masih tiada, telah memberi komen terhadap insiden seorang pengarah filem David Teo ditampar pelawak veteren bernama ‘Mat Over’ di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

     

    Kelakarnya, Mahathir berkata pada zamannya dahulu tiada insiden tampar menampar sebegini.

     

    Memanglah pada zamannya tiada adegan cemas sebegitu, namun pada zaman Mahathir memerintah dahulu rakyat sengsara dengan hak bersuara.

     

    Sesiapa sahaja yang cuba memberi komen negatif terhadap Perdana Menteri waima menulis ‘Dr Mahathir salah’ di mana-mana medium. Jangan terkejut, hanya dengan menulis perkataan itu sahaja, kita boleh dihukum ISA atau dibekukan dari kerjaya.

     

    Percayalah, kalau insiden David Teo ditampar Mat Over berlaku di zaman Mahathir, tak mustahil kedua-dua mereka akan dihukum ‘mati’ dari arena hiburan tanah air. Pasti mereka akan diharamkan terus dari mencari sesuap nasi dalam bidang berkenaan.

     

    Adakah Najib Razak berbuat demikian pada zamannya? Tidak sama sekali. Namun Najib terus berlapang dada dan berjiwa besar melayan sesiapa sahaja tanpa prejudis.

     

    Mahathir hanya boleh menipu dan berlagak suci di depan rakyat yang belum matang atau belum lahir pada zamannya dahulu.

     

    Tapi Mahathir tidak sesekali dapat menipu sejarah serta mereka yang pernah merasai keperitan ketika di bawah pentadbirannya. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up