• Carian
  • Media Sosial
  • Kerana Tak Puas Hati Dengan Harga ‘Service’, Mak Nyah Ditikam Hingga Cedera

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 171

    hiasan

     

    Seorang mak nyah cedera ringan apabila ditikam seorang lelaki dipercayai pelanggannya di sebuah hotel di sini malam semalam.

     
    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Teerasak Prommachun cedera di perut dan beberapa bahagian badan lain kerana dikatakan bergelut dengan suspek.

     
    Menurutnya, mangsa berusia 28 tahun dari Thailand itu masuk ke negara ini sebagai pelancong pada 15 Mei lalu dan dijangka akan pulang ke negaranya dalam tempoh terdekat.

     
    “Mangsa yang mempunyai pasport itu mengalami luka di bahagian perut kiri, belakang badan, tangan, leher dan muka. Dalam kejadian di tingkat lima sebuah hotel itu, mangsa ditikam seorang lelaki yang dikenali sebagai Tommy dan baharu dua jam saling mengenali melalui aplikasi WeChat.

     
    “Pada malam kejadian, Tommy datang berjumpa mangsa untuk tujuan melanggan. Mangsa setuju dengan bayaran yang telah ditetapkan namun ketika suspek hendak mengeluarkan wang dari begnya, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau kecil. Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

     
    Anuar berkata, suspek melarikan diri selepas kejadian itu dan mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

     
    “Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca dari tawar menawar harga langganan di antara mangsa dan suspek. Ini kejadian pertama menimpa mangsa.

     
    “Kita sudah mengecam suspek dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan tempat kejadian untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up