Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Jambatan Runtuh Ketika Lihat Wanita Cuba Bunuh Diri

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 9

     

     

    Sebuah jambatan besi merentasi Sungai Zuari di barat Goa runtuh lewat petang semalam menyebabkan beberapa orang awam yang berkumpul menyaksikan satu percubaan bunuh diri dikhuatiri maut.
    Laporan awal dari saksi dan polis di kampung itu berkata, jambatan usang itu tidak mampu menampung berat orang ramai yang berkumpul selepas mendengar khabar angin mengatakan seorang wanita mahu membunuh diri di jambatan itu.
    “Jambatan besi usang di sungai runtuh di mana kira-kira 40 orang sedang berkumpul,” kata Penguasa Polis Goa selatan yang mengetuai operasi menyelamat, Shekar Prabhudesai.

     

    Shekar berkata kepada Reuters, jumlah kematian masih belum diketahui.
    Menurut sorang anggota polis, sementara itu 15 orang telah dikejarkan ke hospital dan pasukan penyelamat masih menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up