• Carian
  • Media Sosial
  • Hidup Zaman Tun M Selesa? Kereta Mewah RM33k Pun Tak Mampu Dibeli Dulu…

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 2:39 pm | 276

     

     

     

    Sewaktu aku beli BMW 320i ini tahun 1984 ianya baru berharga RM33 Ribu je brand new waktu itu..

     

     

    Waktu itu hanya mereka yang bisnes je mampu beli kereta ini yang dianggap sebagai KERETA MEWAH..

     

     

    Rata rata kebanyakan orang hanya mampu beli Mitsubisi Galant Sigma yang berharga dalam lingkungan RM15k atau paling hebat Honda Accord yang berharga lingkungan RM17k…kalau tak mampu cukup sekadar Nissan Sunny 130Y dalam RM11k…

     

     

    ITULAH KEMAMPUAN KEBANYAKAN RAKYAT bila bercakap pasal beli kereta baru di Era Tun M…

     

     

    Kereta re-cond tak perlu aku nak ceritalah..

     

     

    Hari ini BMW 3 Series berharga dalam lingkungan RM180-300k bergantung kepada modelnya..

     

     

    Jualan BMW tetap laris dan mampu dibeli pengguna..

     

     

    Cuba bagitau aku kereta baru apa yang boleh dibeli dengan RM33 Ribu hari ini?

     

     

    Jadi toksah nak bernostalgia sangatlah kata Zaman Tun M tu zaman mewah dan Zaman Najib hari ini dikatakan ZAMAN RAKYAT SUSAH kerana mereka yang hidup dizaman itu saja yang tahu keupayaan diri masing masing..

     

     

    KOS sara hidup dan harga barangan sekadar mengikut peredaran masa je..jadi jangan poyo sangat nak bandingkan dulu dengan sekarang..

     

     

    NOTA NOTI : Aku bawa duit belanja cuma 30sen saja kesekolah dan cukup untuk sepinggan nasi lemak dan air sirap siap boleh beli ais kepal lagi balik sekolah…

     

     

    30 sen hari ini sekadar duit bayar masuk tandas je…

     

    Oleh : Facebook Azmi Ibrahim

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up