Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Hafiz Suip Rimas Ditanya Soal Anak

    Posted by kal-el | 19 May 2017 | 11

     

     

    Kalau diikutkan dengan usia perkahwinan setahun, masih di fasa bulan madu namun Hafiz Suip akui tertekan apabila ramai pihak bertanyakan mengenai cahaya mata, termasuk ahli keluarga sendiri.

     

    Rimas dengan soalan itu, Hafiz ada berjumpa dengan doktor bagi memeriksa tahap kesihatan mereka.

     

    “Saya akui tertekan apabila sering ditanya bila hendak menimang cahaya mata. Paling membuatkan saya tertekan apabila setiap kali pulang ke kampung , saudara mara pasti akan bertanya mengenainya.

     

    Saya tahu mereka prihatin tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki Tuhan”

     

    “Kami pernah jumpa pakar sakit puan tetapi doktor itu sendiri memberitahu terlalu awal untuk kami fikir soal anak kerana perkahwinan masih kurang belum pun cukup setahun.

     

    Jadi dia nasihatkan kami supaya tidak terlalu tertekan dan banyak berehat,” jelasnya kepada Astro Gempak.

     

    Sebelum ini, Hafiz ada memberitahu dirinya dan isteri tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat, malah katanya lagi, kalau lagi cepat lagi bagus.

     

    Apapun, mulut orang memang suka bertanya biarpun soal rezeki. Diharap Hafiz dan isteri bersabar melayan kerenah sanak-saudara. RK

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up