• Carian
  • Media Sosial
  • Duterte Buru Perokok

    Posted by editor | 19 May 2017 | 3

     

     

    MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menandatangani perintah eksekutif untuk melaksanakan larangan merokok di tempat awam di seluruh negara berkuatkuasa serta-merta.

     

    Arahan itu turut menggalakkan unit kerajaan tempatan untuk melaksanakan program menggalakkan orang ramai berhenti merokok.

     

    Arahan Eksekutif Nombor 26 tersebut yang ditandatangani pada 16 Mei lalu, menetapkan peraturan bahawa merokok hanya dibenarkan di tempat yang disediakan sahaja.

     

    Tempat khas itu bagaimanapun tidak disediakan di sekolah, kolej, universiti, hostel belia dan kemudahan rekreasi untuk kanak-kanak.

     

    Malah tempat merokok juga direka dengan ciri yang tidak membebaskan asap menerusi corong atau lubang khas, sebaliknya hanya mengikut pintu masuk tempat tersebut.

     

    Kawasan terbabit juga tidak boleh diletakkan antara jarak 10 meter dari pintu masuk, pintu keluar atau laluan orang ramai.

     

    Kanak-kanak juga tidak boleh berada di kawasan itu yang disertakan dengan poster kesihatan yang menunjukkan kesan buruk akibat tabiat merokok.

     

    Selain itu, larangan menjual, membeli atau menghisap rokok kepada golongan bawah umur juga dikuatkuasakan serta penjualan rokok tidak dibenarkan di kawasan dalam lingkungan 100 meter dari tempat yang sering dikunjungi kanak-kanak.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up