• Carian
  • Media Sosial
  • Apa Aspirasi Anak Muda TN50? ‘Saya Mahu Warga Asing Kutip Sampah Sahaja’

    Posted by nadilang | 19 May 2017 | 37

     

    “Aspirasi saya untuk TN50, agar warga asing yang bekerja dalam negara ini dikhaskan untuk kerja kutip sampah sahaja,”

    Itu kata seorang peserta pada dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) peringkat kawasan Bukit Bintang yang di Dewan Auditorium Alyas Omar, Perpustakaan Kuala Lumpur malam tadi.

    Peserta yang mewakili Gerakan Belia 4B Pasar Seni, Fatin Syafawati Cik Osman, 24, berpendapat, peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara ini semakin mengecil berikutan kebanjiran pekerja asing yang tidak terkawal.

    Hasil pemerhatiannya, pekerja asing yang mencari nafkah di negara ini bukan sahaja terdiri daripada buruh kasar malah ada yang menjadi majikan kepada rakyat tempatan.

    Tambah Fatin Syafawati, perkara tersebut memberi kesan tidak sihat kepada rakyat negara ini memandangkan masih banyak keluhan daripada graduan yang gagal mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

    “Memandangkan negara kita ni bakal mencapai status negara maju, saya harap dapatlah kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan kita, seiring dengan graduan yang ada.

    “Memandangkan apa yang saya lihat, warga asing sekarang ni bukan saja bekerja dalam 3D, tapi ada yang jadi bos. Ini tidak adil kepada rakyat Malaysia sendiri, sedangkan ramai lagi graduan kita yang menganggur,” katanya.

    Oleh itu, bagi memberi keadilan dalam aspek peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, pemantauan serta kawalan terhadap kemasukan serta penglibatan pekerja asing dalam mana-mana industri di negara ini.

    Justeru, beliau yang bekerja sebagai pegawai eksekutif di salah sebuah organisasi tempatan itu mahu kerajaan mengehadkan warga asing yang bekerja di negara ini, untuk bekerja dalam bidang kerja Dirty, Difficult & Dangerous (3D) sahaja.

    “Saya juga mengharapkan warga asing dapat dikawal. Maksudnya, warga asing boleh bekerja di negara kita, tapi dalam sektor (3D) sahaja, maksudnya yang kutip sampah, tukang sapu dan pembinaan. Dengan ini, dapat memberi peluang kerja kepada rakyat Malaysia,” katanya. – MG

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up