Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Sukan SEA: Jin Wei Akui Mula Rasai Tekanan

    Posted by editor | 18 May 2017 | 3

     

    Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, sedar tekanan makin membelenggu dirinya dalam misi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.

    Jin Wei — yang merangkul pingat gangsa dalam Sukan SEA pertamanya di Singapura dua tahun lalu — sedar rakyat Malaysia mahu melihat dia meraih emas dalam edisi kali ini.

    Untuk itu, tekanan kian memuncak di saat dia perlu mempersiapkan diri untuk kekal konsisten di atas gelanggang.

    Bukan sahaja menerusi latihan intensif, malah juara remaja dunia 2015 ini harus memastikan dia tidak dibelenggu sebarang kecederaan.

    “Beraksi di laman sendiri, sudah tentu kami mengharapkan untuk meraih pingat. Saya meletak sasaran untuk mara ke separuh akhir atau akhir,” jelas Jin Wei.

    Turun sebagai pemain termuda dalam skuad ke Piala Sudirman dalam penampilan pertamanya di kejohanan itu, Jin Wei percaya ia bukan satu penghalang untuknya komited mempamerkan aksi terbaik dalam menghadiahkan mata buat negara.

    “Saya ada rasa sedikit tekanan, apatah lagi kejohanan itu semakin hampir. Apapun, saya berharap sekurang-kurangnya dapat menyumbang mata untuk skuad negara,” tambahnya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up