Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Piala Sudirman: Pei Jing Mampu Isi Ketiadaan Liu Ying

    Posted by editor | 18 May 2017 | 7

     

    Ketiadaan pakar beregu campuran, Goh Liu Ying, akan dirindui skuad Piala Sudirman negara, namun Malaysia boleh memberi kepercayaan kepada Lai Pei Jing sebagai sandaran utama.

    Apa yang membezakan Pei Jing dengan pemain wanita lain dalam skuad beregu campuran adalah kebolehannya untuk bergandingan dengan pasangan berbeza.

    Meskipun lebih serasi dengan Tan Kian Meng, Pei Jing juga boleh beraksi bersama Chan Peng Soon.

    Sebelum menempa nama bersama Kian Meng, Pei Jing pernah digandingkan dengan Peng Soon sekitar tahun 2014.

    “Bagi saya, bukan satu masalah kerana kami pernah digandingkan bersama ketika Liu Ying menjalani pembedahan. Walaupun ketika itu keputusan kurang memberangsangkan, kombinasi kami sangat baik,” kata Pei Jing.

    Skuad beregu campuran berupaya menjadi kunci kepada faktor kejayaan skuad Malaysia di Gold Coast, Australia.

    Kebimbangan Pei Jing, bagaimanapun, adalah pertemuan menentang Jepun yang disifatkan sebagai penentuan juara kumpulan.

    “Saya rasa acara berkumpulan sudah tentu ada tekanan. Tidak kira siapa pun yang beraksi, tekanan itu akan ada. Kerana jika mahu menang, secara automatik tekanan itu akan hadir,” tambahnya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up