• Carian
  • Media Sosial
  • Video Seksi : Izara Aishah Tampil Mohon Maaf

    Posted by nadilang | 16 May 2017 | 6843

     

     

     

     

    Ekoran tersebarnya sebuah video yang menunjukkan Izara Aishah tampil lebih seksi daripada biasa di sebuah majlis baru baru ini, ramai mula memperkatakan tentang pilihan busana beliau yang memang jelas menjolok mata.

     

     

    Dalam video berdurasi 4 saat itu, Izara Aishah dilihat berjalan masuk untuk menyapa rakan rakan dan seorang hadirin telah sempat merakam sisi seksi pelakon tersebut yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

     

    Dalam satu kenyataan kepada media pagi ini, Izara Aishah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video tersebut dan menafikan video itu diambil ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 3.0) baru baru ini.

     

     

    “Izara ingin memohon maaf kepada keluarga, peminat-peminat, dan setiap orang yang tersinggung dengan video yang tersebar di mana Izara menghadiri fashion event. Video itu sudah lama, dan bukanlah dari Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlalu”

     

    “Video itu bermula disebarkan di WhatsApp Group sekitar minggu lepas (Sabtu) dan kini di sebarkan di laman laman sosial media. Video itu disebarkan 2 minggu selepas Adib dan saya mengesahkan cadangan kami untuk berkahwin pada tahun ini”

     

     

    “Walaupun Izara teramat sedih dan malu dengan kelakuan seseorang membuka aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua. Izara juga anggap ini sebagai suatu Dugaan Allah, dan peringatan bagi Izara”

     

     

    “Izara mempunyai tanggungjawab ke atas peminat-peminat dan akan berusaha untuk menjadi contoh yang lebih baik. Terima Kasih”

     

     

    Pada pagi Isnin lalu, portal Tv14 menerima kiriman video berkenaan dari pembaca dan telah menimbulkan persoalan kepada netizen sama ada ia benar milik Izara Aishah atau sebaliknya. Netizen yang mengunjungi portal Tv14 mengesahkan bahawa video seksi melampau itu adalah milik Izara dalam satu majlis yang berlangsung pada tahun 2016 lalu.

     

     

    Pihak portal Tv14 meminta agar perkara ini tidak berulang lagi dan menjadi pengajaran kepada semua agar lebih sensitif dan berhati-hati dalam memilih serta mengenakan fesyen pakaian masing-masing. –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up