Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Mahu Tiru Nabi Isa, Akhirnya Paderi Maut Dibaham Buaya

    Posted by nadilang | 15 May 2017 | 760

     

     

    Seorang paderi yang mahu membuat demonstrasi bagaimana Nabi Isa berjalan atas air akhirnya maut dibaham tiga ekor buaya semalam.

     

     

    Mendiang Jonathan Mthethwa dibaham buaya dihadapan para pengikut gereja yang dibawa bersamanya di sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Buaya oleh penduduk tempatan.

     

     

    Selepas dibaham sang bedal, yang timbul hanya seluar dalam dan sandal miliknya di permukaan air.

     

     

    Seorang saksi, Deacon Nkosi berkata, pada Ahad lepas, Mthethwa mengajar mereka mengenai soal kepercayaan dan berjanji melakukan demonstrasi, seperti laporan MailOnline.

     

     

    “Dia berjanji mahu melakukan demonstrasi (menunjukkan soal kepercayaan dan keyakinan dalam agama) kepada kami tetapi malangnya ia berakhir lemas dan dimakan tiga buaya besar dihadapan kami.

     

     

    “Kami masih tak faham kenapa kejadian ini berlaku kerana mendiang berpuasa dan sembahyang sepanjang minggu tetapi dia habis dalam masa beberapa minit sahaja,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up