Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • VIDEO : Wanita Tepati Janji Potong Payudara Selepas Ahok Kalah

    Posted by kal-el | 21 April 2017 | 83

     

     

    Jakarta: Seorang wanita yang berjanji memotong payudaranya sekiranya Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama tewas dalam pilihan raya gabenor kelmarin kini bersedia menunaikan janjinya itu.

     

    Wanita itu sebelum ini memuat naik satu video yang tular di Internet dan berjanji untuk memotong payudaranya sekiranya Basuki atau dikenali sebagai Ahok tewas kepada bekas menteri pelajaran, Anies Baswedan.

     

    Keputusan kiraan awal pilihan raya gabenor Jakarta kelmarin menunjukkan Ahok tewas kepada Anies dengan jumlah peratusan yang besar.

     

    Tidak lama selepas keputusan itu diumumkan pengguna media sosial mendesak wanita berkenaan menunaikan janjinya.

     

    Wanita itu yang tidak diketahui nama dan asalnya kemudian memuat naik satu video kelmarin dan menyatakan dia sedia menunaikan janjinya itu.

     

     

    Dalam video berkenaan, wanita itu mengucapkan tahniah kepada Anies dan calon naib gabenornya, Sandiaga Uno kerana memenangi pilihan raya berkenaan.

     

    Dalam keadaan tenang wanita itu memberitahu dia bersedia menunaikan janjinya untuk memotong payudaranya.

     

    “Kepada penyokong Anies, saya sudah bersiap untuk memotong payudara saya kerana itulah janji saya sebelum ini.

     

    “Saya sebenarnya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat dan perlu segera memotongnya,” katanya. – Agensi

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up