Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Video & Gambar Detik Kejayaan KE7B Berada Di Titik 90 Darjah Kutub Utara

    Posted by nadilang | 21 April 2017 | 11:14 am | 22

     

    MELALUI laman media sosial facebook milik Penasihat Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Datuk Akmar Hisham Mokhles, kita dapat menyaksikan liputan terkini keadaan misi menakluk titik 90 darjah Kutub Utara oleh tiga orang perwira tanah air.

    Titik 90 darjah Kutub Utara merupakan kawasan paling atas di muka bumi dan untuk sampai menjejakkan kaki ke sana, ia memerlukan seseorang itu menempuh pelbagai jenis rintangan.

    Menurut Akmar Hisham yang ditemui wakil portal Tv14 baru-baru ini, antara bentuk cabaran yang harus ditempuhi para penjelajah adalah seperti beruang kutub, rekahan atau kawasan bongkah ais pecah dan titik 90 darjah itu sendiri yang mungkin berubah-ubah.

    Oleh sebab itu para penjelajah terpaksa menggunakan GPS untuk mencari dimanakah titik 90 darjah Kutub Utara yang sebenar sekali gus membuktikan bahawa mereka sedang berada di sebuah kawasan paling atas di muka bumi kita ini.

    Apapun kita harus ucapkan jutaan tahniah buat tiga Penjelajah Negara yang melaksanakan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017, kerana berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Utara jam 5.06 minit petang semalam waktu Kutub Utara atau jam 11.06 minit malam tadi waktu Malaysia.

    Berikut merupakan dua keping gambar dan video rakaman eksklusif yang diambil ketika detik bersejarah tersebut ;

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up