• Carian
  • Media Sosial
  • Tiada Rombakan Exco Johor – Khaled Nordin

    Posted by fatty | 21 April 2017 | 2

     

    Tiada rombakan barisan Exco Johor berikutan peletakan jawatan Datuk Abd Latif Bandi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata portfolio itu akan diambil alih Datuk Md Jais Sarday dan tiada rombakan barisan Exco Johor akan dilakukan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad cawangan Bukit Dahlia di Pasir Gudang dekat sini, Jumaat.

    Abd Latif didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas 33 pertuduhan rasuah.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up