Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Sukan SEA: Pemain Tidak Tertekan Menjelang Pemilihan

    Posted by nadilang | 21 April 2017 | 7:11 pm | 0

     

    Barisan pemain ragbi 7 sepasukan negara mempunyai tempoh sehingga Julai depan untuk memikat hati jurulatih, Mohd Saizul Hafifi, bagi menempatkan diri dalam senarai 12 terbaik bagi mewakili Malaysia ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.

    Skuad negara baru sahaja menamatkan kempen dalam Kejohanan Asia Tenggara, namun masih dihantui kekalahan kepada Singapura dalam final dengan keputusan 19-7.

    Bagaimanapun, Malaysia menunjukkan peningkatan dan masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan, apatah lagi pemain yang diturunkan dalam kejohanan itu bukan skuad akhir yang akan mewakili negara dalam Sukan SEA.

    Saingan sengit merebut tempat dalam pasukan semakin ketara apabila daripada 16 pelatih akan dikecilkan sehingga 12 orang.

    Pemain skuad negara, Wan Izzudin dan Muhammad Siddiq Amir, melihat pemilihan itu bukan satu tekanan terhadap mereka.

    Izzudin berkata: “Kami sudah bersama agak lama, jadi kami memiliki ikatan yang kuat. Jadi, meskipun ada yang tidak terpilih, mereka akan tetap memberikan sokongan.”

    Siddiq pula hanya fokus dalam memberikan yang terbaik.

    “Saya akan berlatih seperti biasa dan ketika ada kejohanan, akan memberikan yang terbaik. Selebihnya terletak pada tangan jurulatih untuk membuat pemilihan,” katanya.

    Kejohanan 7 sebelah di Langkawi pada penghujung bulan ini dan Jelajah New Zealand pada pertengahan bulan depan adalah peluang akhir buat kesemua pelatih sebelum Mohd Saizul mengumumkan skuad rasmi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up