Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Sindrom ‘Tidak Mengaku Bersalah’ Jadi Amalan Pemimpin Pembangkang

    Posted by nadilang | 21 April 2017 | 7:57 pm | 104

     

    Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas enam pertuhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Adam Rosly, 30, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dihadapan hakim Allaudeen Ismail.

    Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ahli perniagaan itu didakwa memberi pernyataan palsu ketika percakapannya dirakam oleh dua pegawai SPRM

    Pernyataan itu berhubung kerjaya beliau sebagai pengarah sebuah syarikat, sumber pendapatan dan pembelian sebuah rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang secara tunai.

    Adam Rosly menyebut beliau mendapat sumber kewangan untuk membeli banglo tersebut melalui pinjaman wang daripada dua Ahlong, pemberian keluarga, hasil jualan kereta serta hasil perniagaan.

    Bagi kesalahan itu dakwaan dibuat mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (8) akta sama.

    Sementara itu bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Adam Rosly didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya Gegas Mentari Holdings Sdn Bhd untuk memperdaya pegawai penyiasat berkenaan.

    Kesalahan itu pula dibuat mengikut Seksyen 32 (8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (akta 613).

    Kedua-dua kesalahan itu membawa hukuman denda tidak lebih RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

    Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 10 Feb 2017 antara jam 10 pagi hingga 12.15 tengah hari.

    Ia mirip apa yang berlaku keatas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sehingga sekarang berdegil tidak mahu melepaskan jawatannya walaupun dituduh atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

    Ini menunjukkan bagaimana sikap pemimpin pembangkang yang sanggup ‘tebal muka’ tidak mahu mengaku bersalah walau sudah jelas lagi nyata akan kesalahan mereka. Yang penting bagi mereka adalah kuasa sahaja.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up