Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Rayuan Neymar Di Tolak

    Posted by suzein-yana | 21 April 2017 | 6

     

    MADRID: Rayuan Barcelona menarik balik hukuman penggantungan Neymar bagi membolehkan penyerang itu beraksi menentang Real Madrid ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol, semalam.

    Jawatankuasa rayuan badan induk itu berkata, pihaknya tidak akan menarik hukuman penggantungan dua perlawanan kepada Neymar susulan perbuatannya menepuk sinis pembantu pengadil sewaktu Barcelona tewas 0-2 kepada Malaga, 8 April lalu.

    Hukuman itu adalah tambahan penggantungan satu aksi automatik dikenakan selepas dibuang padang dalam aksi di Malaga itu.

    Neymar mula menjalani hukuman itu ketika Barcelona menumpaskan Real Sociedad 3-2, minggu lalu.

    Selain terlepas pertembungan El Clasico Ahad ini, penyerang itu juga tidak boleh beraksi menentang Osasuna pada 26 April ini.

    Barcelona kini ketinggalan tiga mata kepada peneraju Real dengan berbaki enam aksi liga. – AP

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up