Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Polis Perancis Geledah Rumah Suspek Tembak Polis

    Posted by kal-el | 21 April 2017 | 4:15 pm | 2

     

     

    PARIS: Penduduk sekitar bandar Chelles bimbang dan terkejut apabila polis menyerbu dan menggeledah sebuah rumah di pinggi bandar timur Paris.

     

    Difahamkan, tindakan polis itu ada kaitan dengan serangan ke atas anggota polis di Champ-Elysees.

     

    Dokumen polis yang diperoleh The Associated Press (AP) mengenal pasti alamat di bandar Chelles itu adalah milik keluarga Karim Cheurfi, 39, yang mempunyai rekod polis.

     

    Dua pegawai polis berkata, suspek utama serangan ialah lelaki berusia 39 tahun dari kawasan pinggir bandar di timur Paris.

     

    Sementara itu, pita garisan polis kelihatan di kawasan kejiranan golongan kelas pertengahan di Chelles awal pagi.

     

    Sebelum ini, skhbar Perancis, Le Parisien, sebelum ini melaporkan Karim pernah disabitkan dengan jenayah menyerang anggota polis pada 2001. – AP

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up