• Carian
  • Media Sosial
  • Kenapa Setiausaha Agung DAP Takutkan Rakyat?

    Posted by nadilang | 21 April 2017 | 23

     

    Kita tertanya-tanya dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng DAP yang seolah-olah sengaja mahu dijadikan punching bag parti lawan. Malah, ianya menunjukkan beliau begitu gelisah dan tidak yakin dengan kemampuan parti cauvinis DAP.

    Yang terbaru ialah dakwaan dangkal beliau yang mendakwa kononnya negeri Pulau Pinang akan bertukar menjadi lebih teruk jika Barisan Nasional merampas semula negeri daripada Pakatan Harapan. Guan Eng cuba menakut-nakutkan rakyat negeri kononnya semuanya akan hilang dan musnah.

    Contoh-contoh yang diberi tidak masuk akal dan menempelak balik diri beliau dan kerajaan DAP.. Yang paling tidak masuk akal ialah Pulau Pinang yang hijau menjadi botak. Di manakah malu beliau apabila berkata demikian kerana beliau yang mempopularkan perkataan ‘botak’ di kalangan rakyat Pulau Pinang dan sesiapa yang mengunjungi negeri ini?

    Buktinya sudah tersebar luas dan amat sakit untuk mata memandang hinggakan menjadi trademark jika sesiapa menyusuri jambatan Pulau Pinang.

     

     

     

    “Kawasan bukit-bukau dan alam sekitar yang hijau dirogol, dijarah dan dimusnahkan secara haram atau dengan kebenaran Kerajaan Negeri tidak akan kembali kepada asalnya. Kawasan bukit yang dulunya hijau kini menjadi botak bukan semasa kerajaan BN tetapi di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Malah istilah ‘bukit botak’ menjadi terkenal sejak Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dan DAP jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.” jelas DS Zainal Abidin Osman, pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

    Dan sebenarnya, lebih banyak kerosakan dan malapetaka akan terus berlaku di Pulau Pinang jika Kerajaan DAP terus diberi kuasa mutlak memerintah Pulau Pinang. Guan Eng juga mendakwa bahawa bangunan KOMTAR akan kembali seperti sedia kala.

    Tetapi semua renovasi ke atas KOMTAR tidak akan hilang dan lenyap dan KOMTAR tidak akan kembali kepada keadaan asalnya. Walaupun jika dirungkas atau dirombak (dismantled) semua penambahan yang dilakukan oleh syarikat konsesi dengan persetujuan Kerajaa Negeri, KOMTAR tidak akan kembali kepada keadaan asalnya. KOMTAR sudah dicabul keaslian rekabentuknya, kata Zainal Abidin Osman.

    Begitu juga dengan malapetaka banjir kilat, tanah runtuh, jalan runtuh, ‘air terjun segera’ yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan DAP. Malah, 4 ADUN PKR yang berkecuali dalam usul yang dibawa oleh ADUN BN juga adalah bukti mereka juga tidak bersetuju dengan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di bawah pemerintahan mereka.

    Jika segala dakwaan begitu mudah untuk dipatahkan, kenapa Guan Eng DAP masih mahu mengeluarkan kenyataan dangkal itu?

    Bagi penulis, ianya lebih kepada taktik untuk mengalih isu dan cauvinis DAP memang sangat pakar dalam taktik ini. Di antara isunya :

     

    1. Usul bagi mendesak peletakan jawatan Ketua Menteri di Sidang DUN Pulau Pinang yang dijadualkan bermula sidang pada 19hb Mei ini.
    Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/04/dap-gagal-guan-eng-kit-siang-letak.html

     

    2. Isu beberapa gambar dan infogarfik yang menunjukkan keakrapan ketiga-tiga suspek rasuah dengan Lim Guan Eng DAP.
    Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/04/rugi-jutaan-ringgit-kes-rasuah-di-pulau.html

     

    3. Pendedahan parti cauvinis DAP yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk campur tangan hal ehwal dalam Malaysia.
    Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/04/dap-pembangkang-hina-rukun-negara.html

     

    4. Isu kerajaan DAP masuk campur urusan fatwa dan agama Islam.
    Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/02/kerajaan-dap-kurang-ajar-perlekehkan.html

     

    Dan yang paling mengejutkan ialah tindakan ‘tokong’ DAP yang memfitnah Malaysia semasa berada di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 10 Disember 2014. Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff telah mendedahkan perkara ini dan mempunyai transkripsi lengkap kenyataan Guan Eng di Singapura itu.

    “Beliau bersungguh-sungguh mempertikaikan keupayaan pemimpin kerajaan Malaysia menguruskan ekonomi serta memuji melangit keupayaan pemimpin PAP Singapura menguruskan ekonomi Singapura”.

    Guan Eng ketika menjawab soalan seorang peserta turut mendakwa kerajaan Malaysia tidak pernah memberi walau satu sen kepada Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu,” kata Dr Kamarulzaman. Kenyataan Guan Eng ini adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

    Kamarul Zaman juga berkata, Guan Eng turut memberitahu Singapura bahawa kerajaan Malaysia membayar setiap pengundi RM5,000 bagi mengalahkan beliau ddalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013. Malangnya, tuduhan ini tenggelam begitu sahaja tetapi kita harapkan agar isu ini akan dibawa semasa sidang DUN negeri Pulau Pinang kelak.

    Begitu banyak isu yang menempelak Guan Eng dan kerajaan DAP negeri. Maka kerana itu Guan Eng membuat satu kenyataan kurang cerdik yang menakut-nakutkan rakyat Pulau Pinang untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang disebutkan tadi.

    Penulis bersetuju dengan kenyataan DS Zainal Abidin Osman bahawa rakyat Pulau Pinang perlu berani untuk mengambil tindakan menyelamatkan Pulau Pinang dari kerakusan kuasa DAP di Pulau Pinang bagi mengelakkan malapetaka yang telah dan sedang berlaku dari terus berlaku di masa hadapan di bawah Kerajaan DAP.

    Pengundi Pulau Pinang juga perlu ambil pendirian untuk mengundi pembangkang yang lebih kuat kepada Kerajaan DAP di Pulau Pinang sekaligus menafikan majoriti dua pertiga (2/3) yang dinikmati oleh DAP sekarang.

    PRU14 adalah masa yang terbaik.

     

     

     

     

     

     

    Sumber : Dr MiM

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up