Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Hormati Ketika Azan

    Posted by suzein-yana | 21 April 2017 | 1:05 pm | 3

     

    Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. (Riwayat al-Bukhari (576)).

    Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut).
    Ketika azan dikumandangkan, umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan. Adapun kata-kata yang mengatakan sesiapa yang bercakap ketika azan akan menjadi kelu lidahnya ketika hendak mati adalah tidak diketahui daripada mana sumbernya.

    Jika ada yang bercakap ketika azan maka dibolehkan jika ada urusan yang penting dan perkataan yang bukan sia-sia dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya.
    Tetapi harus diingat, jika perbualan itu boleh mengganggu orang lain dalam menjawab azan maka meninggalkan berkata-kata adalah lebih baik kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

    Dalam bab anda sukalah saya cadangkan agar anda kembali berbaik dengannya supaya tidak memutuskan silatrurrahim.
    Anda tidaklah bersalah kerana mengajak dia untuk menghormati azan malah suatu tindakan yang baik dalam berdakwah tetapi biasalah bukan semua orang boleh terima maka anda kenalah bersabar dalam mendidik.
    Ajaklah dia pergi makan roti canai, insya-Allah selesailah masalah itu – Ustaz Kazim Elias

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up